Friday 31 August 2012

chelsea kalah tipis. satu didikan emosi.



Aku baru je sudah makan maggi perisa kari tadi.  Sedap. Berasa maggi kari.

Sebenarnya aku ingin tulis lebih 'deep' lagi tentang perlawanan Chelsea pagi ini. Namun besok aku perlu hadir ke kenduri member di Mersing.
Jadi aku bagi sikit-sikit dan secara point saja.

1. Falcao ni aku rasa pesen-pesen alien juga. Setakat ni yang aku kenal boleh menjaring hatrik dengan Chelsea cuma Dollah Salleh dan Sanisah Huri je.

2. Aku melihat sesetengah penyokong Chelsea ni emosi betul. Apahal nya.Tenang. Kita bincang kita bincang. Engko kalau nak jadi pesen emosi berlebih ni baik engko minat ke mencester.

3. Aku mengantuk dan tak larat betul nak menaip.

    Aku tidur dulu.  Ingat pesan aku. Engkorang rilek. Macam macam mana pun kalah dengan Atletico Madrid ni sedap sikit rasa dia berbanding kalah dengan West Brom tuuu.Kalau kena nganjing dengan peminat-peminat Liverpool dan Selangor, engkau buat je muka macam tatau mende dan lekas-lekas ajak member tu pergi ke mesjid.

Orait.

KTFBHTFBH!

Kahkah. serabut pulak aku nak menaip hurup tu dengan mata cenggini.





Monday 27 August 2012

kem chelsea. satu hala tuju.

Assalamualaikum. Amboi tampak muslimin benar aku dengan salam ni.

Renjis-renjis hujan di luar rumah. Seakan merenjis keberkatan serta kesyahduan permainan Chelsea kelmarin. Ya. Sengaja aku gunakan bahasa novel nukilan Aleeya Aisya dari Alaf 21 untuk entri kedua aku ini. Bukan menidakkan Bahasa Melayu rendah yang selama ini aku praktikkan, namun ini lebih kepada latih tubi aku untuk menggarap sebuah drama cinta melankolia di tasik asmara kelak.

Macam bodo bukan ?

Tak mengapa. Ketekunan kalian untuk teruskan pembacaan babi bagi bait-bait kalimah buat aku cukup klimaks malam-malam dingin begini. Ah. Ya sengaja aku beri bunyi 'ah'. Ia tampak sinomim dengan 7 aksara perkataan klimaks itu sendiri.

Sebenarnya apa yang ingin aku bisikkan pada kalian adalah hasrat pembinaan laman ini. Kem Chelsea. Kalau mahu diikutkan, nama Kem Chelsea ini langsung tidak sedap dan 'rare' berbanding 'boxer kedut' yang aku bina. Tapi oleh kerana sedang aku sibuk taip dan 'setting' baik nama laman ini, selamba saja brader wiring yang diupah oleh bapaku pergi matikan suis utama rumah.Tidak langsung dia sound aku terlebih dahulu.

Aku berasa ingin mencarut. Namun aku teringatkan Tuhan.

Aku beristighfar. Amboi. Aku menipu betul. Sebenarnya aku mencarut di dalam hati. Jangan salah sangka. Aku tidak mencarut pada brader wiring itu kerana aku tahu! Aku tahu kerjaannya itu kerja nya mulia. Tatkala 'brader' lain boleh rileks dan hirup kopi bersama taulan lain. 'brader' itu masih sudi untuk bekerja.

Aku mencarut pada kuasa elektrik. Mencarut pada daya elektrik ni macam tak berapa dosa aku rasa. Aku rasa lah.

Kejap. aku di mana tadi.

Oh. nama Kem Chelsea. aku malas bual lebih mengenai nama laman ini. Nama sesedap neelofa pun sekiranya berlakon Kau terindah seperti bahalol. bahalol juga perginya. Jadi aku sudah set. Biarlah nama laman ini tidak sedap. namun isinya kelak mampu mencairkan sanubari makwe-makwe Chelsea yang sedia ada.

Kahkahkahkah. Aku ketawa sendiri.

Seperti melalut pula aku ini. Baiklah aku terus pergi kepada pangkal bicara yang ingin aku perkata.

Hala tuju.

Aku bina laman ini atas beberapa tonggak. Amboi tonggak. Sekarang aku gemarkan perkataan tonggak. Ia tampak selari dengan permainan bola sepak. Asal bicara pemain-pemain yang power saja, pasti mereka akan diperkatakan sebagai tonggak pasukan. Bunyi sebutan tonggak itu sendiri sudah seperti bahasa Orang Asli. klasik dan sedap.

Tonggak pertama adalah kerana aku seorang penyokong Chelsea. Aku tidak suka mewakili diriku yang kerdil lagi hina namun kacak sedikit ini dengan ertikata 'peminat' Chelsea. Sebab apahal kalau suatu hari nanti, sekiranya Chelsea bermain seperti Selangor yang tidak sedap itu, perlu aku minat ?

Aku sokong. aku tak minat Chelsea bermain seperti Selangor. Tapi dek kerana aku sokong. Aku akan bergelut dengan Roman Abramovic untuk memecat pengurus sewaktu itu. Ya. Ranieri. Mourinho. Avram Grant. Anceloti. Villa Indah ini. Dollah Salleh. Semua itu aku yang jadi dalang. "Dalangg dingginn subuhhh. Hatikuuu terusiikkk." Ah aku membuat kelakar ni. Engkau tidak ketawa pula.

Tak mengapa.

Tonggak Kedua. Ah. Aku penat menaip. Aku mahu pergi minum Glocalin perasa anggur di atas meja makan rumahku kejap. Nanti aku sambung lagi sedikit.

======================================================================

sambung balik.

Kahkah. Penulisan Bahasa Melayu sastera yang aku guna pakai langsung tidak menerima sambutan lina hangat. Kecewa betul aku. Aku berikrar aku akan kembali semula kepada penggunaan Bahasa Melayu pasar kelak. Sekiranya tidak menerima sambutan menggalakkan juga. Aku akan beralih ke bahasa Urdu pekat.

Tonggak Kedua.

Aku membina laman ini dengan hasrat ingin bicara mengenai bola sepak. Atau lebih tepat lagi aku ingin membicarakan tentang team-team yang power yakni Chelsea dan Pahang. Bukanlah kerana blog boxerkedut aku itu sudah basi atau tidak enak lagi, tetapi aku memahami jiwa sesetengah pembaca dari kalangan anak gadis yang bukannya faham 'menda' pun kalau aku bercakap dan berbual 'deep' sikit tentang bola.

Jadi aku alihkan perihal bola kelak di laman ini.

Tonggak ketiga.

Entahlah.Selepas aku pergi membeli nasik lemak di kedai Abang Zul kejap lagi. Mungkin aku akan dapat idea. Aku pergi dulu.

Majulah Jerantut untuk Chelsea.












test power sikit

Fuh.
power blog ni.
macam Pahang power dia.