Friday 31 August 2012

chelsea kalah tipis. satu didikan emosi.



Aku baru je sudah makan maggi perisa kari tadi.  Sedap. Berasa maggi kari.

Sebenarnya aku ingin tulis lebih 'deep' lagi tentang perlawanan Chelsea pagi ini. Namun besok aku perlu hadir ke kenduri member di Mersing.
Jadi aku bagi sikit-sikit dan secara point saja.

1. Falcao ni aku rasa pesen-pesen alien juga. Setakat ni yang aku kenal boleh menjaring hatrik dengan Chelsea cuma Dollah Salleh dan Sanisah Huri je.

2. Aku melihat sesetengah penyokong Chelsea ni emosi betul. Apahal nya.Tenang. Kita bincang kita bincang. Engko kalau nak jadi pesen emosi berlebih ni baik engko minat ke mencester.

3. Aku mengantuk dan tak larat betul nak menaip.

    Aku tidur dulu.  Ingat pesan aku. Engkorang rilek. Macam macam mana pun kalah dengan Atletico Madrid ni sedap sikit rasa dia berbanding kalah dengan West Brom tuuu.Kalau kena nganjing dengan peminat-peminat Liverpool dan Selangor, engkau buat je muka macam tatau mende dan lekas-lekas ajak member tu pergi ke mesjid.

Orait.

KTFBHTFBH!

Kahkah. serabut pulak aku nak menaip hurup tu dengan mata cenggini.





No comments:

Post a Comment